Tuesday, July 29, 2008

Bingkisan Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Jugra, Kuala Langat






Ceramah di Kuala Langat menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik pujangga besar Jawa iaitu Ronggowarsito. Pujangga ini terkenal dengan karyanya yang berjudul Zaman Edan ( Zaman Gila). Di dalam tradisi kepustakaan Jawa, seorang pemimpin harus punyai dua sifat penting.


Pertamanya, sambegana dan keduanya nawungkrida, kedua-dua sifat ini membolehkan pemimpin itu memainkan peranannya di dalam masyarakat dengan baik sekali. Yang pertama itu ialah mempunyai kecerdasan akal, yang juga membawa maksud selalu ingin merempuh dan mencipta sempadan baru di dalam memahami masyarakat. Yang kedua pula tajam meramal zaman dan segala bentuk perubahan yang berlaku. Bila saja pemimpin gagal untuk menguasai ataupun memiliki kedua-dua sifat itu, tibalah zaman kena pakewuh ataupun zaman edan, zaman kacau bilau;

"Hidup di zaman edan,gelap jiwa bingung pikiranturut edan hati tak tahanjika tak turutbatin merana dan penasarantertindas dan kelaparantapi janji Tuhan sudah pastiseuntung apa pun orang yang lupa daratanlebih selamat orang yang menjaga kesadaran".

source: Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

No comments: