Monday, July 28, 2008

Anwar pilih Kulim Bandar Baharu


KULIM: Parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu bakal menempa sejarah, apabila Anwar Ibrahim mengumumkan akan menjadikan kerusi tersebut sebagai ‘pintu’ beliau ke parlimen dalam langkah pertama beliau ke Putrajaya.
“Saya ingin mengesahkan dalam masa terdekat ini saya akan umum bertanding di Kulim (Bandar Baharu).“Insya-Allah, Kulim bakal menempa sejarah Malaysia,” tegas Perdana Menteri dalam penantian itu, yang mendapat tepukan gemuruh lebih 10 ribu orang yang memenuhi dalam dan luar Dewan Rekreasi Cina dekat sini, semalam.
Bagaimanapun menurut Anwar, keputusan itu bergantung kepada keputusan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 19 Ogos depan.Kerusi tersebut kini disandang oleh Zulkifli Noordin dari keADILan selepas menewaskan calon BN Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 5583 undi pada pilihanraya 8 Mac lepas. Abdul Aziz bagaimanapun mengemukakan petisyen mencabar keputusan tersebut. Mahkamah sepatutnya mendengar petisyen untuk membatalkan kemenangan Zulkifli pada 22 Julai lalu, bagaimanapun menangguhkannya pada 19 Ogos tanpa sebab yang jelas.
Kerusi berkenaan mempunyai 51,995 pengundi dengan komposisi Melayu 69.5%, Cina 18.6%, India 11.7% dan lain-lain 0.2%.Pada pilihan raya lalu Zulkifli mendapat 22,255 mengalahkan Abdul Aziz yang mendapat 16,672. Ketika Anwar membuat pengumuman itu, Zulkifli juga turut sama hadir. Menurut Anwar beliau menyambut pelawaan Zulkifli yang menawarkan kerusi tersebut kepadanya, sekiranya mahkamah memutuskan kerusi tersebut kosong.Jelasnya lagi keputusan tersebut juga mendapat sokongan padu dari pimpinan Pakatan Rakyat. Presiden PAS Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah Azizan Razak telah bertekad akan menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat dan negeri. DAP juga katanya akan terus memberikan sokongan padu kepada beliau dan Pakatan Rakyat.“Kalau saya bertanding di Kulim, kita akan pastikan markas-markas BN kosong,” ujarnya bersemangat.“Mana-mana ada saki baki ahli Umno, tolonglah keluar parti, malulah, rakyat susah, barang naik, minyak naik,” katanya.Anwar turut mengulangi tidak pernah memusuhi ahli-ahli bawahan Umno, sebaliknya menentang para pemimpin Umno yang mengkhianati amanah rakyat.Menurutnya lagi Umno-BN kini sedang nazak dan menghadapi kemelut politik dalaman yang begitu parah. Umno semakin terdesak lemas lantaran pergelutan dalaman dan kegagalan mengatasi kemelut politik dan kegawatan ekonomi.
Keputusan beliau untuk menyertai pilihan raya kecil itu, bukan sahaja mengusarkan bahkan membuatkan para pemimpin Umno-BN semakin tidak keruan.Kata Anwar ini tergambar ketika usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah baru-baru ini.Jelasnya ketika itu Umno terpaksa menggunakan mahkamah menghalang beliau hadir ke parlimen bagi menyaksikan usul itu dibahaskan.Namun kini, kata Anwar para pemimpin Umno-BN khususnya dari Sabah dan Sarawak sedang menanti beliau di parlimen untuk bersama-sama bergabung membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat.“Kita hendak buktikan kita hendak mengangkat martabat rakyat, ini soal maruah, usaha untuk mengangkat martabat rakyat, Kulim Bandar Baharu akan tempah sejarah di Malaysia,” tegasnya.Anwar sebelum itu disambut meriah dengan tarian singa dan paluan gendang India.Difahamkan ekoran notis terlalu singkat, penganjur hanya sempat mewarkan-warkan ceramah .

2 comments:

Anonymous said...

ich beglückwünsche, der glänzende Gedanke cialis generika aus deutschland cialis [url=http//t7-isis.org]levitra[/url]

Anonymous said...

Quite right! Idea good, it agree with you.