Friday, September 12, 2008

12 September: Perisytiharan Permatang Pauh

Meyingkap kembali deklarasi permatang pauh yang di buat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Sept 1998. Selepas menanam benih, kini selepas 10 tahun putik perubahan makin hampir di gengaman.


Perisytiharan Permatang Pauh

Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami”;
Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat;

Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula;

Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia danmerdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusiaharam dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekattanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua,yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin;membersihkan institusi dan proses undang-undang daridicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melaluiproses demokrasi. Democrasi itu satu kemestian, keranasemangat keadilan yang ada dalam diri manusiamembolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderunganmanusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satukewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, janganyang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Duniaini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupiuntuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah danpenyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran olehsegelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budayayang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni danterbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia kezaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjanakebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalinpersahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dankeadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.
Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.

Permatang Pauh 12 September 1998

No comments: